Subhanallah..
Kupanjatkan kesyukuran hanya pada MU, Yang Esa..
Di atas rahmat dan nikmat-Mu yang tiada tolok bandingnya..
Sesungguhnya..
Hati ini begitu ingin dibelai manja dengan tarbiyyah dari-MU..
Kerana saat ini..
KAU begitu indah dalam hatiku..
Serta..
Hanya KAU yang ku harapkan..
Dalam menghadapi mehnah kehidupan..
Yang KAU tuliskan buatku...
Namun, syukurku ini..
Kuharap berpanjangan buatMU..
Kerana..
Segala dugaanMU itu..
Lebih membuatku tersedar..
Dari lena yang panjang..
Dari iman yang tipis..
Dari hati yang hina..
Ke suatu perubahan..
Yang ku harapkan..
Istiqamah dalam langkahan..
Perjalanan yang penuh duri..
Buat pertama kalinya..
Ku menulis di blog ini..
Maafkan daku Tuhan..
Andai kata-kata yang ku ingin lafazkan..
Dalam coretan ini tersasar dari niat sebenarku..
Moga KAU menjaganya, Tuhan..
Walaupun seminggu sudah berlalu..
Namun, ku masih merasakan..
Detik 15 Syawal 1431H..
Begitu bermakna dalam lembaran hidupku..
Sebagai da'ie yang memikul amanah agama-MU..
Disaat itu, suatu perasaan yang istimewa..
Lahir di benak hatiku..
Begitu, aku rasa berkobar-kobar..
Ingin menunaikan amanah ini..
Ingin membangun jiwa-jiwa di sini..
Rasa keterujaan yang memuncak..
Semakin tidak terbendung..
Mengenangkan insan-insan..
Yang harus kusentuh hatinya..
Kerana ku tahu..
Inilah jalan yang terbaik...
Yang KAU telah tetapkan untukku..
Syukur ALHAMDULILLAH Ya Allah..
Ku mohon seharapnya..
Dengan penuh rasa kehambaan ini..
Agar KAU sentiasa menetapkan..
Kami, yang masih lagi bertatih ini..
Teguh dalam mendukung perintah-MU..
Hari ini..
Ku masih lagi..
Terasa hangatnya..
Ukhuwwah yang terbina..
Antara kami semua..
Janganlah Ya ALLAH..
KAU biarkan rasa ini pudar..
Ditelan dek ujian..
Yang berat untuk kami tampung..
Kerana...
Ku amat menyayangi mereka semua..
Hanya kerana-MU..
Demi agama-MU..
Sumber kekuatanku..
Selain Qalammallah, Al-hadis..
Luahan hati yang terbelenggu..
Keperitan yang kita lalui bersama..
Semuanya...
Sudah terlerai kini..
Pada suatu malam..
Yang menghimpunkan jiwa-jiwa..
Kita bersama..
Marilah kita bersama..
Bergerak seiringan..
Sehati dan sejiwa..
Dalam mencapai misi tertinggi kehidupan..
Yang diredhai ALLAH..
Usah berdalih..
Usah mengeluh..
Usah keliru..
Usah berprasangka..
Mulakan hayunan langkah kita..
Ke gerbang yang lebih bermakna..
Kerana suatu masa..
Ku yakin..
Kita pasti..
Akan gemilang jua..
Asalkan niat..
Sentiasa lurus di hati..
Iman dinaiktarafkan..
Akhlak dan ibadah..
Sentiasa dimurnikan..
Namun..
Jika tak kita temui..
Perubahan yang diinginkan..
Ingatlah..
Ayat ini..
Ayat yang cukup memberiku semangat..
Di kala keraguan..
Meniti liku dan ranjau kehidupan..
Hayatinya bersama..
"Barang siapa berTAQWA kepada ALLAH..
nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya.. (65:2)
dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka2..
Dan barang siapa berTAWAKAL kepada ALLAH..
nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya..
Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan-NYA..
Sungguh ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.. (65:3) "
Wassalam...